Sabtu, 31 Julai 2010

TELEFON TAK ADA WAYAR

Kadir baru buka business baru. banyak perkakas pejabat yang belum disediakan lagi. Sedang dia berkemas-kemas, tiba-tiba pintu pejabatnya diketuk. ketika itu juga, dia cepat-cepat pergi ke meja dan terus mengangkat ganggang telefon.

"masuk !!" arah Kadir.

orang yang mengetuk itu terus masuk. ketika itu, kelihatan kadir sedang bercakap menerusi telefon. sembangnya agak lumayan. perbincangan tentang business yang melibatkan juta-juta ringgit. orang itu duduk dihadapan Kadir, dan memerhatikan sahaja gelagak kadir.

setelah habis, kadir pun meletakkan telefonnya.

"sorry la.. biasalah, business memang macam tu.." ujar Kadir.

"eem... boleh saya bantu saudara?" soal Kadir.

"saya dari pejabat telekom. Saya datang disini untuk sambung wajar telefon" ujar lelaki itu ringkas.

"aduss... terkantoi".. bisik hati kadir..


AWEK PERASAN

seorang gadis cantik menaiki LRT yang sangat penuh sesak. Gadis itu berdiri betul betul didepan seorang pemuda.

Seketika kemudian pemuda itu bangun, namun belum sempat pemuda itu berkata apa apa, gadis cantik itu menolak pemuda itu dengan lembut ke tempat duduknya sambil berkata, "Terima kasih, saya lebih suka berdiri".

Pemuda itu tercengang dengan penuh kehairanan. Dia sedikit jengkil kerana ditolak oleh gadis itu walaupun secara lembut.

Pemuda itu pun berdiri semula tetapi sekali lagi gadis cantik itu menolaknya duduk semula dan berkata dengan sedikit kuat hingga didengari oleh lain lain penumpang, "Tak apa, tak payah susah susah, saya lebih suka berdiri".

Tanpa putus asa pemuda itu berdiri lagi untuk kali yang ketiga sambil menjerit, "Woii cik kak !! Saya nak turun laaaaa!!! Saya dah terlepas perhentian saya tau !!? Apa punya perasan lah dia ni?!!!"

Isnin, 26 Julai 2010

AL-KISAH BERUK

Di kelantan dalam parlimen tumpat, terdapat sebuah kampung yang bernama kampung beruk. Ikut kebiasaan rakyat kelantan yang keluar ke bandar, mereka akan menaiki kereta prebet.

Suatu hari, seorang driver prebet sedang menunggu pelanggan. Tiba2 datang 4 orang naik kereta prebetnya.

"kamu nak kemana" tanya driver itu kepada seorang budak lelaki yang berada disebelahnya.

"nak gi di kampung beruk". Jawabnya ringkas.

Lalu, diriver itu melihat tiga orang dibelakang seraya bertanya, "yang belakang tu, beruk belaka?".

Ketiga2 penumpang itu menganggukkan kepala mereka.

***

Di sekolah menengah beruk berlaku majlis PIBG. sebagai guru besar, beliau menjadi pengerusi majlis.

Setelah dia menyampaikan ucapan alu-aluan, dia pun menjemput ketua kampung untuk menyampaikan ucapan.

"dijemput guru besar beruk untuk menyampaikan ucapan" kata penghulu kampung beruk itu.

Lalu, apabila sudah berada di pentas. penghulu itu berkata, "terima kasih guru besar beruk kerana menjemput saya menyampaikan ucapan".



Ahad, 11 Julai 2010

DUA PERTIGA DUNIA

Seorang pensyarah pulang. Sampai di pintu pagar kuaters universiti, pintu pagar tidak dibuka. Dia marah, lalu ditekan hon berkali2.

Security guard datang dan bertanya, "ya encik?".

Dia berkata, "kamu tau tak, satu pertiga dunia ini kenal saya. Macam mana awak boleh tidak kenal saya?".

tidak semena-mena, security guard itu jawab, "mungkin antara dua petiga dunia lagi yg tak kenal tuan itu adalah saya"

HITAM DAN PUTIH

Temubual seorang pemuda dengan pakcik gembala kambing biri-biri.

Pemuda : Baguslah ternakan biri-biri pakcik. Boleh saya tanya beberapa soalan tak?
Pakcik : Boleh...
Pemuda : Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih.
Pakcik : Kalau yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari.
Pemuda : Yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Berapa banyak plak rumput biri-biri ni makan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Aaa...yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Kenapa pakcik membezakan biri-biri pakcik yg putih dgn yg hitam, padahal jawapan semuanya sama aje?
Pakcik : Mestilah...sebab biri-biri yang putih itu pakcik yang punye.
Pemuda : Ooo, gitu ke...habis tu yang hitam tu siapa punye?
Pakcik : Yang hitam pun sama....
Pemuda : Arghhh... tensionyaaa..

Selasa, 6 Julai 2010

DAH 4 ORANG, MANA MUAT

ni aku nak cerita pasal orang asli kat pahang.tak tau betul ke tidak ..ada sorang asli tu dia nak pergi ke pekan ,tiba di pertengahan jalan ada sorang kawan dia tahan nak tumpang,dia pun bagi la...

tak berapa jauh lepas tu sorang lagi tahan. asli tu kata naik lah boleh muat ni 3 orang..

dengan tak pakai topi keledar si asli ni pun pecut moto kapcai tu ..

tiba2 sampai kat pekan ada roadblock polis...polis tu apalagi terus tahan je asli tu,tapi asli tu buat bodo je terus jalan tak nak berhenti...polis tu pun apalagi ambik motor terus kejar si asli tu..

setelah dapat tahan moto tu polis tu pun marah la kat asli tu...Apasal awak tak berhenti tadi bila saya tahan..dah la tak pakai topi keledar ,naik pulak 3 orang..apa asli tu jawab....."MEMANG LA SAYA TAK BERHENTI SAYA INGAT ENCIK NAK TUMPANG ...MOTO NI DAH PENUH MANA BOLEH MUAT 4 ORG"

TEH LALAT

kawan aku nama mat minum kat satu warung orang asli kat pahang..

mat: pai bagi teh satu

asli:siapp

tiba-tiba kwn aku nampak seekor lalat kat dalam cawan teh tu..apalagi kwn aku tu komplen laaa

mat: pai mari sini tengok dlm teh ni ada lalat...mcam mana ni...

asli tu jwb, "ALLO BANG BAYAR SATU RINGGIT TAKKAN MAU TARUK UDANG...

restoran itali

ayah : pertama kali kte masok restoran itali nie..amin suker x..???

amin : suke..tp kte x tau nk pesan ape...

ayah : xper...kte bwat la cam da bese masok kt cni...

pelayan : selamat petang encik...ini menu tuk encik bwat pesanan..

.....................................................................................................

.....................................................................................................

.....................................................................................................

ayah : hurrmmmm.....bg sye GIUSEPPE SPLADALUCCI tuk 2 org...

pelayan : maaf encik...tue nme pemilik restoran nie.....
sekali silap pesan daaaaa....