Khamis, 9 September 2010

KAKAK TUA YANG DIAM

Hamdi cukup berminat dengan burung Kakak Tua. Minatnya bermula, ketika dia hadir ke rumah sepupunya Ahmad yang membela seekor burung kakak tua yang boleh bercakap. Melihat dan mendengar celoteh buruk kakak tua kepunyaan Ahmad itu, menyebabkan hamdi menanam cita-cita untuk membeli seekor burung kakak tua.

Pada suatu petang, dia telah ke bandar untuk membeli seekor burung kakak tua. Apabila sampai di kedai menjual burung, dia dapati dalam kedai itu terdapat dua ekor burung kakak tua. Diperhatikan, satunya sering menyanyi, dan yang satu lagi hanya diamkan diri sahaja.

"Tuan, berapa harga burung kakak tua ini?" Soal hamdi sambil mengisyaratkan kepada buruk kakak tua yang sering menyanyi.

"yang ini harganya RM500 sahaja" jawabnya ringkas.

dalam fikiran hamdi, mungkin burung kakak tua yang diam itu lebih murah, kerana mesti burung kakak tua yang pandai menyanyi lebih mahal.

"Oooo.. yang diam ni pula, berapa pula harganya?" soal hamdi untuk kepastian harga.

"yang ni, harganya RM1000"

"aik.. kenapa yang diam ni lebih mahal berbanding yang pandai menyanyi" hamdi terkejut bertanya.

"Yaa... sebab yang diam ni adalah pencipta lagunya" jawab tuan kedai itu selamber.

sekian

Wallahu 'Alam


Al-Bakistani


- Sri Indah [b] sg buloh
9 september 2010 * 4:11 petang

Rabu, 8 September 2010

DOKTOR YANG SELAMBER

Seorang pesakit yang akan dibedah kerana sakit barah yang sedang dihidapinya. Di dalam bilik bedah sedang menunggu kehadiran doktor bedah, jantungnya berdegup kencang, mukanya kepucatan dan perasaan takut mencengkam jiwanya.

Tiba-tiba, masuk seorang lelaki berpakaian baju labuh berwarna putih, bersama dua orang gadis yang memakai pakaian serba putih. Dia tahu bahawa lelaki itu adalah doktor dan kedua-dua gadis itu adalah jururawat yang bertugas untuk melakukan pembedahan kepadanya.

"Apa Khabar, awak sihat?" soal Doktor lelaki itu.

"Baik Tuan Doktor" jawabnya sambil tersenyum kelat.

"eh.. kamu kelihatan pucat dan jantung kamu berdegup kencang. Apakah kamu takut?" Soal doktor itu lagi.

"Ya doktor"

"eh. kamu tidak perlu takut. Insya Allah, semuanya akan berjalan lancar" ujar Doktor itu memberi motivasi.

"Bukan apa doktor, ini adalah pertama kali saya dibedah. tu yang saya rasa takut sikit tu"

"eh.. tak perlu takut. Saya pun pertama kali bedah orang. Saya cool je. tak takut pun" ujar doktor itu selamber.

sekian

Wallahu 'Alam