Selasa, 8 Mei 2012

kisah juha


satu;

Suatu hari Juha kehilangan keldainya. Ke hulu ke hilir dia mencari keldainya itu. Ketika di satu perhentian dia mendengar seorang lelaki berkata kepada isterinya, “Tatkala aku melihat dikau, aku nampak dunia seluruhnya” seraya Juha menyampuk, “Kalau begitu kau nampak tak di mana keldai aku?”

kedua;

Seorang lelaki bertanya kepada Juha, “Yang mana satu lebih afdhal, berjalan di belakang jenazah atau di depannya?” Juha menjawab, “Ikut suka kaulah nak jalan mana, yang penting bukan seperti atas keranda (jenazah).

ketiga;

Suatu hari Juha kehilangan keldainya. Kemudian dia pulang ke rumah dalam keadaan gembira seraya berkata, “Segala puji bagi Allah, nasib baik aku tak tunggang keldai tu, kalau tak mesti aku hilang sekali dengannya.”

keempat:

 Juha berkata, “Apa-apa yang masuk ke dalam akal aku, aku tak akan lupa sampai bila-bila.” Sahabatnya yang pernah memberi hutang padanya berkata, “Kalau begitu, tentu kau masih ingat berapa banyak kau hutang pada aku.” Jawab Juha, “Hutang tu tak masuk dalam akal aku, dia masuk dalam kocek.”

kelima:

Suatu hari Juha bersiar-siar kemudian dia menjumpai seorang buta. Juha mahu membantunya. Juha berkata, “Berikan aku bukti bahawa engkau buta.” Orang buta itu bertanya, “Kau nampak pokok tu?” Juha mengatakan, “Ya.” “Aku tak nampak pokok tu,” jawab orang buta itu.

keenam:

Juha bertanya kepada sahabat-sahabatnya pada hari apakah mereka dilahirkan. Yang pertama menjawab, “Hari Sabtu.” “Hari Selasa,” jawab yang kedua. “Hari Jumaat,” jawab yang ketiga lalu Juha mengatakan, “Kau tipu, Hari Jumaat kan cuti am.”

ketujuh:

 Seorang anak perempuan Juha bertanya kepadanya, “Wahai ayahku! Apakah yang membuatkan sesuatu rumahtangga aman tenteram?” “Anakku, ada dua perkara, yang pertama suami mestilah bisu dan yang kedua isteri mestilah buta,” jawab Juha

kelapan:

 Suatu hari Juha bersiar-siar, tiba-tiba di suatu tempat kakinya tercucuk duri. Ketika di rumah dia mengeluarkan duri itu seraya mengucapkan, “Alhamdulillah (segala puji bagi Allah).” Isterinya bertanya, “Atas sebab apakah kau bertahmid (memuji Allah)?” Juha menjawab, “Aku bertahmid sebab aku tak pakai kasut baru, kalau tak mesti dah berlubang kasut tu.” 

kesembilan;

 Suatu hari Juha dan isterinya membasuh pakaian di luar rumah. Ketika mereka sedang membasuh pakaian dengan air dan sabun tiba-tiba datang seekor gagak mengambil sabun mereka. Isterinya menjerit kepada Juha, “Tangkap burung tu, dia ambil sabun kita.” Juha berkata, “Biarkan dia ambil, kau tak nampakkah betapa kotor burung tu penuh dengan warna hitam?”

kesepuluh:

 Suatu hari keldai Juha telah dicuri. Maka bertanyalah salah seorang sahabatnya, “Apa yang kau akan lakukan pada pencuri itu wahai Juha?!” “Kalau dia tak pulangkan keldai aku, jangan sampai aku buat macam ayah aku buat dulu,” jawab Juha. Sahabatnya bertanya lagi, “Apa yang ayah kau buat?” Juha berkata, “Dia beli keldai baru.”

kesebelas:

  Juha bertanya, “Berapa harga manisan ni?” Penjual itu menjawab, “Kami jual empat potong dengan tiga dirham.” Juha berkata, “Jadi, tiga potong dua dirham. Dua potong satu dirham. Satu potong percuma. Kalau begitu bagi aku sepotong yang percuma tu.”

keduabelas:

  Juha tinggal di rumah sewa yang mana atap bumbungnya selalu bergoyang. Suatu hari tuan rumah datang mahu mengutip sewa, Juha berkata, “Tolong baiki bumbung ni, selalu sangat bergoyang-goyang.” “Tak mengapa, dia sedang berzikir pada Allah,” jawab tuan rumah. Juha berkata, “Aku risau dia bertambah ketakutan (khusyuk) lalu dia sujud.”

ketiga belas:

Juha mempunyai sepuluh ekor keldai. Dia menunggang salah seekor daripadanya lalu apabila dia mengira keldainya, didapati berkurang menjadi sembilan. Apabila dia turun dari keldai itu dan mengira semula, dia mendapati kesemuanya sepuluh. Juha berkata, “Lebih baik aku berjalan saja sambil mengira keldai-keldai aku daripada aku tunggang tapi berkurang.”

keempat belas:

 Juha ditanya, “Berapa umur kau?” Juha menjawab, “40 tahun.” Setelah berlalu sepuluh tahun lepas itu dia ditanya lagi tentang umurnya, Juha masih mengatakan umurnya 40 tahun. “Dulu kami pernah bertanya umur kau sebelum sepuluh tahun, engkau jawab 40 tahun, sekarang pun kau cakap 40 juga,” begitulah pertanyaan mereka. Juha berkata, “Aku adalah lelaki yang tidak mengubah pendirianku dan tidak berundur daripadanya, inilah sifat lelaki sejati.”

Tiada ulasan:

Catat Komen