Selasa, 8 Mei 2012

kisah juha


satu;

Suatu hari Juha kehilangan keldainya. Ke hulu ke hilir dia mencari keldainya itu. Ketika di satu perhentian dia mendengar seorang lelaki berkata kepada isterinya, “Tatkala aku melihat dikau, aku nampak dunia seluruhnya” seraya Juha menyampuk, “Kalau begitu kau nampak tak di mana keldai aku?”

kedua;

Seorang lelaki bertanya kepada Juha, “Yang mana satu lebih afdhal, berjalan di belakang jenazah atau di depannya?” Juha menjawab, “Ikut suka kaulah nak jalan mana, yang penting bukan seperti atas keranda (jenazah).

ketiga;

Suatu hari Juha kehilangan keldainya. Kemudian dia pulang ke rumah dalam keadaan gembira seraya berkata, “Segala puji bagi Allah, nasib baik aku tak tunggang keldai tu, kalau tak mesti aku hilang sekali dengannya.”

keempat:

 Juha berkata, “Apa-apa yang masuk ke dalam akal aku, aku tak akan lupa sampai bila-bila.” Sahabatnya yang pernah memberi hutang padanya berkata, “Kalau begitu, tentu kau masih ingat berapa banyak kau hutang pada aku.” Jawab Juha, “Hutang tu tak masuk dalam akal aku, dia masuk dalam kocek.”

kelima:

Suatu hari Juha bersiar-siar kemudian dia menjumpai seorang buta. Juha mahu membantunya. Juha berkata, “Berikan aku bukti bahawa engkau buta.” Orang buta itu bertanya, “Kau nampak pokok tu?” Juha mengatakan, “Ya.” “Aku tak nampak pokok tu,” jawab orang buta itu.

keenam:

Juha bertanya kepada sahabat-sahabatnya pada hari apakah mereka dilahirkan. Yang pertama menjawab, “Hari Sabtu.” “Hari Selasa,” jawab yang kedua. “Hari Jumaat,” jawab yang ketiga lalu Juha mengatakan, “Kau tipu, Hari Jumaat kan cuti am.”

ketujuh:

 Seorang anak perempuan Juha bertanya kepadanya, “Wahai ayahku! Apakah yang membuatkan sesuatu rumahtangga aman tenteram?” “Anakku, ada dua perkara, yang pertama suami mestilah bisu dan yang kedua isteri mestilah buta,” jawab Juha

kelapan:

 Suatu hari Juha bersiar-siar, tiba-tiba di suatu tempat kakinya tercucuk duri. Ketika di rumah dia mengeluarkan duri itu seraya mengucapkan, “Alhamdulillah (segala puji bagi Allah).” Isterinya bertanya, “Atas sebab apakah kau bertahmid (memuji Allah)?” Juha menjawab, “Aku bertahmid sebab aku tak pakai kasut baru, kalau tak mesti dah berlubang kasut tu.” 

kesembilan;

 Suatu hari Juha dan isterinya membasuh pakaian di luar rumah. Ketika mereka sedang membasuh pakaian dengan air dan sabun tiba-tiba datang seekor gagak mengambil sabun mereka. Isterinya menjerit kepada Juha, “Tangkap burung tu, dia ambil sabun kita.” Juha berkata, “Biarkan dia ambil, kau tak nampakkah betapa kotor burung tu penuh dengan warna hitam?”

kesepuluh:

 Suatu hari keldai Juha telah dicuri. Maka bertanyalah salah seorang sahabatnya, “Apa yang kau akan lakukan pada pencuri itu wahai Juha?!” “Kalau dia tak pulangkan keldai aku, jangan sampai aku buat macam ayah aku buat dulu,” jawab Juha. Sahabatnya bertanya lagi, “Apa yang ayah kau buat?” Juha berkata, “Dia beli keldai baru.”

kesebelas:

  Juha bertanya, “Berapa harga manisan ni?” Penjual itu menjawab, “Kami jual empat potong dengan tiga dirham.” Juha berkata, “Jadi, tiga potong dua dirham. Dua potong satu dirham. Satu potong percuma. Kalau begitu bagi aku sepotong yang percuma tu.”

keduabelas:

  Juha tinggal di rumah sewa yang mana atap bumbungnya selalu bergoyang. Suatu hari tuan rumah datang mahu mengutip sewa, Juha berkata, “Tolong baiki bumbung ni, selalu sangat bergoyang-goyang.” “Tak mengapa, dia sedang berzikir pada Allah,” jawab tuan rumah. Juha berkata, “Aku risau dia bertambah ketakutan (khusyuk) lalu dia sujud.”

ketiga belas:

Juha mempunyai sepuluh ekor keldai. Dia menunggang salah seekor daripadanya lalu apabila dia mengira keldainya, didapati berkurang menjadi sembilan. Apabila dia turun dari keldai itu dan mengira semula, dia mendapati kesemuanya sepuluh. Juha berkata, “Lebih baik aku berjalan saja sambil mengira keldai-keldai aku daripada aku tunggang tapi berkurang.”

keempat belas:

 Juha ditanya, “Berapa umur kau?” Juha menjawab, “40 tahun.” Setelah berlalu sepuluh tahun lepas itu dia ditanya lagi tentang umurnya, Juha masih mengatakan umurnya 40 tahun. “Dulu kami pernah bertanya umur kau sebelum sepuluh tahun, engkau jawab 40 tahun, sekarang pun kau cakap 40 juga,” begitulah pertanyaan mereka. Juha berkata, “Aku adalah lelaki yang tidak mengubah pendirianku dan tidak berundur daripadanya, inilah sifat lelaki sejati.”

Isnin, 25 Oktober 2010

LUPA MAKAN UBAT TIDUR

Sedang tidur nyenyak, tiba-tiba Ahmad dikejutkan oleh isterinya.

“Bang..bang bangun bang” kejut Isteri Ahmad, Zainab tergesa-gesa

Dalam ‘mamai’, Ahmad bertanya, “eh.. apa awak kejutkan saya pukul 3 pagi ni?”

“Kan doktor pesan, supaya abang kena makan ubat sebelum tidur”

“Makan ubat? Ubat apa?”

“Ubat tidur !!!”

“&^%@#%$”

Al-Bakistani

- Sri Indah [b] Sg Buloh
26 Oktober 2010 * 6:19 pagi

Khamis, 9 September 2010

KAKAK TUA YANG DIAM

Hamdi cukup berminat dengan burung Kakak Tua. Minatnya bermula, ketika dia hadir ke rumah sepupunya Ahmad yang membela seekor burung kakak tua yang boleh bercakap. Melihat dan mendengar celoteh buruk kakak tua kepunyaan Ahmad itu, menyebabkan hamdi menanam cita-cita untuk membeli seekor burung kakak tua.

Pada suatu petang, dia telah ke bandar untuk membeli seekor burung kakak tua. Apabila sampai di kedai menjual burung, dia dapati dalam kedai itu terdapat dua ekor burung kakak tua. Diperhatikan, satunya sering menyanyi, dan yang satu lagi hanya diamkan diri sahaja.

"Tuan, berapa harga burung kakak tua ini?" Soal hamdi sambil mengisyaratkan kepada buruk kakak tua yang sering menyanyi.

"yang ini harganya RM500 sahaja" jawabnya ringkas.

dalam fikiran hamdi, mungkin burung kakak tua yang diam itu lebih murah, kerana mesti burung kakak tua yang pandai menyanyi lebih mahal.

"Oooo.. yang diam ni pula, berapa pula harganya?" soal hamdi untuk kepastian harga.

"yang ni, harganya RM1000"

"aik.. kenapa yang diam ni lebih mahal berbanding yang pandai menyanyi" hamdi terkejut bertanya.

"Yaa... sebab yang diam ni adalah pencipta lagunya" jawab tuan kedai itu selamber.

sekian

Wallahu 'Alam


Al-Bakistani


- Sri Indah [b] sg buloh
9 september 2010 * 4:11 petang

Rabu, 8 September 2010

DOKTOR YANG SELAMBER

Seorang pesakit yang akan dibedah kerana sakit barah yang sedang dihidapinya. Di dalam bilik bedah sedang menunggu kehadiran doktor bedah, jantungnya berdegup kencang, mukanya kepucatan dan perasaan takut mencengkam jiwanya.

Tiba-tiba, masuk seorang lelaki berpakaian baju labuh berwarna putih, bersama dua orang gadis yang memakai pakaian serba putih. Dia tahu bahawa lelaki itu adalah doktor dan kedua-dua gadis itu adalah jururawat yang bertugas untuk melakukan pembedahan kepadanya.

"Apa Khabar, awak sihat?" soal Doktor lelaki itu.

"Baik Tuan Doktor" jawabnya sambil tersenyum kelat.

"eh.. kamu kelihatan pucat dan jantung kamu berdegup kencang. Apakah kamu takut?" Soal doktor itu lagi.

"Ya doktor"

"eh. kamu tidak perlu takut. Insya Allah, semuanya akan berjalan lancar" ujar Doktor itu memberi motivasi.

"Bukan apa doktor, ini adalah pertama kali saya dibedah. tu yang saya rasa takut sikit tu"

"eh.. tak perlu takut. Saya pun pertama kali bedah orang. Saya cool je. tak takut pun" ujar doktor itu selamber.

sekian

Wallahu 'Alam

Isnin, 23 Ogos 2010

TELUR REBUS DAN KENTUT

Hamid cukup suka makan telur rebus. Sekali dia makan, sekurang-kurangnya 7 biji. tidak dibayangkan betapa busuknya kentut setelah makan telur sebanyak itu.

Satu hari, sebelum pulang ke rumah, hamid telah makan 10 biji telur rebus. Setelah sampai di rumah, isterinya telah tunggunya di pintu untuk menyambut kepulangannya.

"Saya nak buat kejutan untuk abang hari ini" kata isterinya, maznah.

"tapi, abang kena tutup mata...ni maznah dah sediakan kain hitam.. maznah nak tutup mata abang dengan kain ini" ujar maznah lagi.

Lalu, mata hamid ditutup dengan kain hitam tersebut. Kemudian dia dipimpin bawa kepada satu tempat. Pada jangkaan hamid, tempat itu adalah dapur rumahnya.

"abang tunggu sini kejap yer. Maznah nak ambil barang istimewa tu kat bilik.. Abang kena janji, abang tak buka tau" pesan maznah bersungguh-sungguh.

Kedengaran tapak kaki maznah masuk ke bilik. Di tunggunya disitu agak lama juga. Tiba-tiba hamid terasa perutnya seperti hendak terkentut. Lalu dilepaskan angin kentutnya. Makanya, terpancarlah semerbak bauan kentut yang teramat busuk. Hamid menyedut hiduan bau kentutnya itu.

"best juga bau kentut ni" hamid berceloteh seorangan.

Tidak lama kemudian, isterinya pun sampai. Dan mahu membuka ikatan tutupan mata hamid sambil berkata, "haa... Ini dia barang istimewa tu"

Lalu kelihatan sebuah kek di atas meja, dan juga kelihatan bapa dan ibu mertua hamid ada di hadapannya. Maka, fahamlah hamid bahawa semasa dia kentut ketika matanya ditutup itu, bahawa ibu dan bapa mertuanya berada didepannya.

Sekian.

Jumaat, 20 Ogos 2010

GURU PERIHATIN

Seorang guru yang baru sahaja berkhidmat. Dia amat bersemangat pada hari pertama dia bertugas.

Dia berhasrat hendak menjadi guru yang perihatin. sesiapa sahaja pelajar yang kesusahan, pasti akan diambil berat. Begitulah hasratnya mengunung.

Satu hari, diwaktu rehat, kelihatan semua pelajar-pelajar bermain bola di padang. Cuma, kelihatan seorang sahaja yang berada di hujung padang sedang memerhatikan pelajarain yang sedang sebuk bermain.

"mungkin pelajar ini ada masalah?" bisik hati guru baru itu.

Lalu, dia terus hampir kepada pelajar itu. apabila hampir, dia bertanya, "awak sihat ke?".

"ya.. Alhamdulillah.. Saya sihat cikgu". Jawab pelajar itu.

Guru itu berlalu pergi ke kantin. Selesai makan, dia keluar, didapati pelajar itu masih berada di tempat tadi. Hati guru itu semakin kuat menjangkakan bahawa pelajar itu mempunyai masalah.

Dia pun terus menghampirkan diri kepada pelajar itu.

"awak sihat ker?" soal guru itu.

"ya.. Saya sihat.." jawab pelajar itu ringkas.

guru itu menilai, bahawa pelajar itu menyembunyikan sesuatu darinya.

"Boleh kita berbual-bual" pinta guru itu. Dia mahu mulakan komunikasi, dengan tujuan mengorek rahsia.

"boleh cikgu.. Tak ada masalah punya"

"em... Boleh cikgu tanya, kenapa semua orang bermain di padang, tetapi awak seorang diri di sini?" soal guru itu.

sambil merenung kepada kawan-kawan lain yang sedang bermain bola di tengah padang, pelajar itu menjawab kepada guru itu, "saya ni penjaga gol la cikgu".

Sekian.