Rabu, 18 Ogos 2010

AL-KISAH DI SUATU SUBUH

Ahmad bercinta dengan aminah selama dua tahun lebih. Sampai ketika dia ingin memperisterikan aminah.

"Aminah, apa pandangan awak, jika saya meminang awak?" Soal Ahmad dalam satu perbualan telefon.

"boleh sahaja, tapi saya ada rasa tak kena sikit" kata aminah dengan nada agak meragukan.

"tidak kena?...kenapa? Apakah saya tidak hansome?" Ahmad sedikit terkejut. Dalam hatinya timbul perasaan kecuakan sedikit.

"bukan macam tu.. Mak dan bapa saya mensyaratkan bakal menantu mereka seorang yang alim.. Setahu saya, awak ni, solat pun kadang-kadang buat, kadang-kadang tak buat" aminah memberi penjelasan, agar ahmad tidak kesangsian.

"oo.. Yer ker... Dah tu, apa yang perlu saya lakukan?" ahmad minta pandangan.

Mereka berfikir seketika. Mereka bergilir memberi idea.

"Kalau saya berjumpa dengan keluarga awak nanti, saya pakai serban yang saya pinjam dari ustaz kat rumah saya, macam mana?" ahmad melontar cadangan.

"ok gak, tp kalau awak pakai jubah, bahawa biji tasbih pula. Saya jamin, mesti mak ngan bapa saya terima awak" sambung aminah pula.

Perbualan hari itu, menghasilkan persetujuan antara dua belah pihak.

seminggu kemudian...

Ahmad ke rumah ibu bapa aminah untuk meminang. Dia memakai jubah, serban dan di tangannya ada seutas tasbih. Semuanya itu, bukan kepunyaannya, tetapi ia adalah kepunyaan ustaz mahmood yang tinggal di sebelah rumahnya.

Pertemuan antara ahmad dengan ibu bapa aminah, membuahkan hasil perkahwinan antara dia dan aminah.

Makanya, perkahwinan berlangsung dengan jayanya. Lalu, pada malam perkahwinan, ahmad tidur di rumah ibu bapa aminah. Memandangkan ahmad tidak pernah bangkit solat subuh, maka pada malam itu, ahmad bangkit lewat.

Selesai mandi dan berwudu, dia terus ke bilik solat dalam rumah bapa mertuanya itu. Didapati, semua mertua dan isterinya sudah menunaikan solat.

"ahhh.. Ahmad, kamu solat lah kat situ.. Kami dah solat dah.." kata bapa aminah.

"emm.. Baiklah ayah..."

maka ahmad pun menunaikan solat subuh. Setelah selesai solat subuh, bapa mertuanya berkata.

"ahmad.. Boleh tak ayah nak tanya satu soalan.. Ayah harap, ahmad tak marah"

"eh.. Tak pe la ayah.. Apa dia?"

"kenapa kamu solat subuh tiga rakaat?" soal bapa mertua ahmad.

sambil tepuk dahi, ahmad berkata, "la... Yer ke ayah.. Saya dok sangka, cukup dah empat rakaat dah tadi.."

Sekian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan